Price | RM85.00 |
Product SKU | QH005 |
Brand | Humaira Publication |
Size (L x W x H) | 18 cm x 24 cm x 2 cm |
Availability | In Stock |
Colour | |
Quantity |
|
- Sesuai untuk Lelaki dengan design eksklusif
- Bersaiz A5
- Ringan dan mudah di bawa ke mana-mana
- Quran berzip berkualiti tinggi dan kulit dari PU Leather
MEMPERKENALKAN EDISI TERBARU QURAN AL-AMIN
Direka KHAS BUAT CIK ABAM, ENCIK SUAMI, AYAH/ADIK TERSAYANG dan BFF.
Khusus untuk mereka yang berhajat untuk mendampingi Al-Quran dimana jua anda berada. Dalam masa sama, tak nampak macam ‘ustaz’ sangat.
Kami faham ada dikalangan kita yang nak sentiasa berdamping dengan Al-Quran, tapi risau nampak macam ‘alim’ sangat, nak jaga hati dari riak dan malu di ‘judging’ oleh kawan rapat.
Maka, dengan itulah terhasilnya design moden seperti Al-Amin ini.
Ia sangat sesuai untuk lelaki maskulin yang suka bergaya dan urban namun ada jiwa Islamik di dalam hati.
Boleh jadikan Al-Amin sebagai peneman di dalam kereta sewaktu trafik jam, di bilik pejabat anda ataupun diwakafkan di surau-surau anda solat.
Semoga kita semua lebih dekat dengan Al-Quran. Amin Ya Rabbal a’lamin.
Apa Keistimewaan Utama Quran Tagging Al-Amin
1. Bersaiz A5, 18cm x 24cm. Ringan, mudah di bawa ke mana-mana saja termasuk travel ke luar negara. Iman lebih terjaga.
2. Didatangkan 4 pilihan warna: Maroon, Hitam, Coklat & Biru Gelap. Style design kulit Quran berzip sesuai dengan citarasa lelaki.
3. Kulit diperbuat daripada PU Leather yang berkualiti dan tahan lasak. Membolehkan kandungan Al-Quran lebih terjaga & kemas.
4. Mempunyai terjemahan Bahasa Melayu dan mudah difahami.
5. Turut menyediakan Resam Rasmi Malaysia dan tajwid kod berwarna. Insya Allah, anda boleh baca Quran dengan tajwid yang tepat.
6. Ada penanda muka surat bertali untuk rujukan tajwid. Senang nak belajar hukum tajwid yang terdapat dalam Quran.
7. Dinyatakan hadis-hadis sahih yang berkaitan dengan tema perbahasan ayat Quran bagi menambah kefahaman makna ayat tersebut.
8. Quran Al-Amin miliki 99 Asmaul Husna yang memudahkan pembaca mengingati dan mengenal nama-nama Allah SWT.
Spesifikasi Al-Quran
Gabungan Dua Jenis Material
Material berjenama tutu yang diperbuat daripada PU Leather akan memberikan pengalaman yang berbeza. Ia turut memberikan sisi pandang berbeza daripada design yang sedia ada di pasaran.
Ruangan Simpanan Kad dan Penyangkut Pen
Turut disediakan juga ruangan khas bagi anda menyimpan kad-kad yang penting serta menyelit apa-apa nota.
Lubang Khas Untuk Lanyard
Antara evolusi terbaru adalah menyediakan satu lubang khas untuk digabungkan dengan design lanyard bagi memudahkan pembaca untuk membawa edisi Al-Quran Diari Al-Amin ini.
Terdapat 4 pilihan warna - Biru, Hitam, Coklat dan Merah
- 1 x Al-Quran Humaira Al-Amin